Saturday 21 March 2015

PENGENALAN AKHBAR DI TANAH MELAYU

Akhbar memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Negeri-negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.
 Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar Melayu ini adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang Melayu, pendidikan dan politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu.
AKHBAR MELAYU TAHUN 1900 HINGGA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA. Akhbar Melayu dalam tempoh 1900 hingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran sosial dalam diri orang Melayu yang masih ’lena’ dan menyemarakkan lagi semangat orang Melayu yang telah sedar untuk membela nasib mereka. Peranan sebagai pewujud kesedaran sosial dapat dilihat melalui tujuan penerbitan akhbar Al-Imam itu sendiri iaitu ”mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”.


Awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah (British) dan orang Cina hidup selesa dan lebih maju di atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang Melayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencana-rencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu. 

2 comments:

  1. Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of
    Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of Visions of youtube converter Visions of Visions of

    ReplyDelete