Wednesday 25 March 2015

MAJALAH PENGASUH

MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’ Nik Mohamad


ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN

·       Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah dan menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.Selain itu,memperluas ilmu dalam semua bidang memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.Justeru itu,menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.

Sunday 22 March 2015

LATAR BELAKANG AKHBAR DAN MAJALAH DI TANAH MELAYU

    Akhbar Melayu seperti Pengasuh (1917-1940), Idaran Zaman (1925-1930), Warta Malaya (1930-1941) dan Majlis (1931-1941, 1945-1955) turut membicarakan isu-isu penting yang menyentuh kepentingan semasa dan masa hadapan orang Melayu dalam kemelut politik dan sosial yang sedang melanda.Akhbar-akhbar Melayu juga menjadi tempat serta alat kepada golongan terpelajar atau golongan intelektual menyebarkan pemikiran, idea, fahaman dan pendapat mereka terhadap isu dan permasalahan yang menyelubungi orang Melayu pada masa itu.
 Golongan ini dilihat cuba memecahkan ’kepompong bebalisme’ yang selama ini menyelubungi pemikiran orang Melayu pada masa tersebut supaya sedar akan kedudukan sebenar mereka yang semakin hari hak mereka semakin ’dirampas’ dan ’diragut’ oleh orang asing yang tidak mempunyai hak ke atas tanah air mereka.
Tokoh-tokoh seperti Muhammad Yunus bin Abdullah, Muhammad Yunus bin Abdul Hamid, Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Onn bin Jaafar, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang bertugas sebagai pengarang atau pembantu pengarang telah menggunakan peluang ini untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka dan serta menyeru orang Melayu bangun memperbetulkan keadaan dari setiap segi termasuklah politik.Golongan ini juga turut menyertakan tuntutan orang Melayu terhadap kerajaan British.

 Sebagai contoh, Abdul Rahim Kajai yang bertugas sebagai pengarang akhbar Majlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu telah menggunakan ruangan rencana pengarang sebagai medan mengkritik penjajah British, orang asing dan membela nasib orang Melayu untuk mencapai kemajuan.Selain para wartawan, guru-guru, pendakwah dan penggiat masyarakat juga turut menggunakan akhbar-akhbar Melayu untuk menyemarakkan kesedaran sosial dan politik di kalangan orang Melayu. Di samping itu, akhbar Melayu turut memberi perhatian kepada isu pergerakan politik orang Melayu. Antara akhbar Melayu yang menyentuh hal ini ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Sebagai contoh pada 11 September 1926, Idaran Zaman melalui rencananya yang bertajuk ”Persatuan Melayu” telah bersetuju terhadap penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS).


Rencana seperti ini turut memberi kesedaran kepada pembaca-pembaca terutamanya orang Melayu akan perlunya diwujudkan persatuan politik seperti KMS di NNM.Akhbar Saudara pada tahun 1931, telah mencadangkan supaya diadakan kongres di kalangan orang Melayu di seluruh NNM dan mencadangkan penubuhan Persekutuan Melayu.Cadangan yang dikemukakan oleh akhbar Saudara ini telah mendapat respon yang positif daripada akhbar-akhbar Melayu yang lain, contohnya sebagaimana sokongan yang diberikan oleh akhbar Warta Malaya dan Majlis.
Keadaan ini jelas menunjukkan akhbar-akhbar Melayu telah menggunakan kelebihan mereka ini untuk berkomunikasi sesama mereka dan juga berkomunikasi dengan orang Melayu. Kebebasan bersuara yang dimiliki oleh akhbar-akhbar Melayu telah memberikan ’tiket’ kepada mereka untuk menegur segala ’kepincangan’ kepimpinan yang wujud dalam mana-mana pihak tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Onn Jaafar yang merupakan pengarang Warta Malaya telah menyiarkan rencananya dalam akhbar tersebut, rencana yang membidas raja-raja Melayu yang telah gagal menjadi sebenar-benar pemimpin kepada orang Melayu.
 Dalam banyak hal, raja-raja Melayu tidak lagi melindungi ’rakyatnya’, tetapi bertindak menekan mereka. Onn menyatakan bahawa raja-raja Melayu sepatutnya melahirkan rasa hormat dan sayang mereka kepada ’rakyat’ dan bukan sebaliknya.

Penyiaran rencana seperti ini oleh akhbar Melayu setidak-tidaknya dapat menyedarkan orang Melayu bahawa pemimpin yang dipercayai dapat membela nasib mereka tidak dapat berfungsi sebagaimana yang diharapkan. 

Saturday 21 March 2015

PENGENALAN AKHBAR DI TANAH MELAYU

Akhbar memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Negeri-negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.
 Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar Melayu ini adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang Melayu, pendidikan dan politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu.
AKHBAR MELAYU TAHUN 1900 HINGGA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA. Akhbar Melayu dalam tempoh 1900 hingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran sosial dalam diri orang Melayu yang masih ’lena’ dan menyemarakkan lagi semangat orang Melayu yang telah sedar untuk membela nasib mereka. Peranan sebagai pewujud kesedaran sosial dapat dilihat melalui tujuan penerbitan akhbar Al-Imam itu sendiri iaitu ”mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”.


Awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah (British) dan orang Cina hidup selesa dan lebih maju di atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang Melayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencana-rencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu. 

FOKUS UTAMA AKHBAR DITERBITKAN DI TANAH MELAYU



Fajar Serawak

diterbitkan pada pramerdeka
pengasasnya komuniti Melayu Serawak
fokus utamanya membangkitkan kesedaran dan semangat kebangsaan masyarakat Melayu di serawak . Selain itu akhbar ini juga menekankan pendidikan orang Melayu , seruan agar mengerjakan tanah sendiri dan bergiat dalam bidang perniagaan.


Lembaga Melayu
diterbitkan pada 31 disember 1931
pengasasnya Mohd Eunos Abdullah di singapura
fokus utama menterjemahkan berita perang daripada Malay Tribune dan berfungsi sebagai media perbincangan kepentingan orang Melayu



Panduan guru
diterbitkan pada julai 1922
pengasasnya Mohamad Hussim Rashid
majalah pertama terbitan persekutuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang. 

Tuesday 17 March 2015

FOKUS UTAMA AKHBAR DITERBITKAN DI TANAH MELAYU



Neracha
diterbitkan pada 15 Febuari 1911
pengasasnya Haji Abas Mohd Taha di Singapura
memiliki konsep dan ciri yang hampir sama dengan Al-imam.
fokus utama bercorak keagamaan dan memuat berita dari timur tengah , terutama berhubung semangat pan-islam.


Majlis  
diterbitkan pada 17 disember 1931
pengasasnya Abdul Rahim Kajai di Kuala Lumpur
fokus utama ialah memberi sumbangan memperjuangkan semangat Kebangsaan dalam kalangan orang Melayu .Ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik ,ekonomi dan sosial.



Warta Malaya
diterbitkan pada 1 januari 1930
pengasasnya Dato ’ Onn Jaafar di Singapura
fokus utamanya memberi kesedaran kepada orang Melayu dan mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak sesuai dan sekali gus menjadi gelanggang untuk bertukar-tukar fikiran.


Utusan Melayu
diterbitkan november 1907-1922 dan mulai 29 mei 1930
 pengasasnya Abdul Rahim Kajai di singapura
akbar ini dianggap sebagai lambang perpaduan orang Melayu dan juga digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah
fokus utama membela kepentingan orang Melayu dan menentang penjajah.


Chenderamata
diterbitkan selepas perang dunia kedua.
pengasasnya ialah guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris  contoh (Za’ba)
mesej-mesej yang disampaikan selain berhubungan dengan aktiviti maktab perguruan.
fokus utama bertujuan mencetuskan semangat pembaca

Sunday 15 March 2015

FOKUS UTAMA AKHBAR DITERBITKAN DI TANAH MELAYU

AL-IMAM
diterbitkan pada 22 julai 1906
pengasasnya syed sheikh al-hadi di singapura
fokus utama akhbar tersebut berkewajipan dan bertanggungjawab menyampaikan idea kaum muda berhubung pembaharuan dan memberi bimbingan kepada orang melayu untuk bangkit dari kemunduran.

AL-IKHWAN
diterbitkan pada 16 september 1926
pengasasnya syed sheikh al-hadi di pulau pinang
fokuc utama akhbar ini boleh dikatakan bercorak islah islamiah dan juga memuatkan tentang isu kemunduran bangsa dan kebebasan kaum wanita.

Saudara 
diterbitkan pada 29 september 1928
pengasasnya syed syeikh Al –Hadi di Pulau Pinang.
merupakan sambungan kepada Al-imam
fokus utama menyentuh persoalan agama dan usaha-usaha menggalakkan rakyat , terutama orang Melayu agar memajukan diri mereka