Friday 2 January 2015

ISU YANG DIBANGKITKAN


Akhbar Dan Isu Yang dibangkitkan


1.Sosial/pendidikan
•Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
•Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
•Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha
•Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan
•Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu(pertukangan & kerja tangan)
•Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
•Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
•Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
•Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
•Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat



2. ekonomi


a.Menggalakkan syarikat kerjasama
b.Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam ekonomi tempatan
c.Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
d.Melarang orang Melayu menjual tanah
e.Menyeru orang Melayu berjimat cermat
f.Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur



3. Politik


a.Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
b.Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat)
c.Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
d.Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
e.Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
f.Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan



Majalah


i.Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana & puisi yang disiarkan
ii.Sehingga tahun 1940-an – terdapat 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan
iii.Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik antipenjajahan & orang asing
iv.Antara majalah terkenal : Majalah Guru(1924), Pengasuh(1918) dan Bulan Melayu(1930)


A.Majalah Guru Pengarangnya:Muhamad Dato’ Muda Linggi ,Yusuf Ahmad,Mohd Sidin Rashid


Antara isu yang diperjuangkan:


•Pendidikan anak-anak Melayu
•Menyeru perpaduan orang Melayu
•Meniupkan semangat cinta akan negara
•Membaiki taraf hidup orang Melayu
•Memajukan bahasa & sastera Melayu
•Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa



B. MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’ Nik Mohamad


ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN


•Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk


C. Bulan Melayu , Pengarangnya: Zainon Sulaiman


ANTARA ISU YANG DIUTARAKAN


•Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu
Johor
•Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
•Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
•Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa